loading...

Tips

Tips

APAKAH FUNGSI ‘Tips’ DI PLATFORM HEREPAY


Fungsi Tips di HEREPAY merupakan fungsi unik yang diperkenalkan oleh platform Herepay.


Fungsi Tips ialah pilihan (optional/sukarela) kepada pembayar / penyumbang untuk menyumbang Tips (dana tambahan) kepada organisasi yang menggunakan platform Herepay.



Fungsi Tips di platform Herepay


Fungsi Pilihan : Penyumbang mempunyai pilihan untuk menanda ‘  I don’t want to contribute any additional funds to <Organization>’ sekiranya penyumbang memilih untuk tidak memberikan tambahan ‘Tips’ kepada organisasi tersebut.



Manfaat fungsi ‘Tips’ kepada organisasi/sekolah/persatuan


Tambahan dana : Organisasi akan menerima tambahan dana dari fungsi Tips (selepas perkongsian bersama platform bayaran) bersama-sama dengan kutipan induk. 


Nilai tambah : Hasil Tips yang disumbangkan pembayar dapat memberikan nilai tambah kepada oragnisasi dalam bentuk program – program tambahan dan juga apa – apa ruang aktiviti yang direncanakan oleh organisasi.


Tanggungjawab Sosial: Dengan fungsi Tips, individu dapat memenuhi tanggungjawab sosial mereka dengan cara yang mudah dan praktikal.



Mengapa ada perkongsian Tips di antara organisasi dan penyedia Platform Herepay?



Percuma & Fleksibel  :Platform Herepay diberikan secara PERCUMA (RM 0)  tanpa sebarang kos permulaan (setup), langganan bulanan dan tahunan kepada semua organisasi.


Agihan sama rata : Dengan agihan Tips secara sama rata (50% organisasi: 50% Herepay), ini membolehkan platform Herepay dapat berfungsi secara sustainable


Kelansungan Sistem : Agihan Tips dapat menampung kos penyelenggaraan platform Herepay. Ini membolehkan platform ini dapat terus dilanggan secara PERCUMA kepada seluruh organisasi.


Giving back : Konsep Tips yang dibawakan oleh Herepay ini amat berbeza dengan konsep ‘caj penyelenggaraan” yang diamalkan oleh platform lain. Tidak seperti platform lain yang mengambil keseluruhan 100% sumbangan pembangunan platform, Herepay mengambil pendekatan untuk turut berkongsi sumbangan itu kepada pembangunan organisasi yang berdaftar di platform Herepay.


Manfaat bersama : Bukan sahaja pihak organisasi menerima jumlah pembayaran PENUH dari ibu bapa, tetapi organisasi juga turut menerima agihan dari sebarang TAMBAHAN Tips yang disumbangkan.



Ketelusan dan Pilihan

Penyedia platform (Herepay) HANYA berkongsi agihan sama rata untuk item Tips sahaja

Sekiranya penyumbang memilih untuk tidak memberikan sumbangan Tips, Herepay tidak mengambil sebarang potongan kepada item induk transaksi yang dilakukan.



Sekolah terima penuh sumbangan / yuran (tanpa potongan kepada Herepay) sekiranya penyumbang tidak memberikan Tips)



Mengapa pilih Herepay?: Misi kami adalah untuk menyediakan platform pembayaran yang terbaik dan telus kepada komuniti dan organisasi.


Kesimpulannya, Herepay bukan hanya berfungsi platform pembayaran; ia ialah inisiatif komuniti untuk memberikan lebih banyak nilai tambah khususnya  dana secara langsung kepada organisasi.

× Perlukan bantuan?